Seperti yang diketahui, setiap umat Islam sentiasa diseru untuk melakukan kebaikan, bersedekah dan menunaikan zakat.
Bukan sahaja untuk mendapatkan ganjaran pahala malah memperoleh rahmat dari Allah SWT.
Walaupun tiada harta kekayaan yang melimpah ruah, berzakatlah selagi termampu agar dapat membantu insan lain yang lebih memerlukan.
Sama dengan seorang penghantar makanan ini yang tidak pernah putus untuk berzakat dan mendoakan kebaikan buat setiap orang.
Menerusi kiriman di Facebook Zakat Pulau Pinang, lelaki tersebut sememangnya sering membayar zakat pendapatan.
Gambar Via Zakat Pulau PinangSumber: Zakat Pulau Pinang