Bagaikan keluarga sendiri, kehilangan kucing kesayangan pasti amat dirasai oleh pemiliknya. Tiada kata yang mampu mengambarkan segala rasa pilu dan kesedihan yang membelenggu di dalam hati.
Mungkin itulah yang dirasai ketika ini oleh pemilik Hamdan Karipuley, seekor kucing yang amat popular di Facebook.
Khabar mengenai pemergian Hamdan telah dimaklumkan di page Facebook itu sebentar tadi.
Telatah Hamdan sentiasa menjadi perhatian dan menghiburkan netizen terutama peminat-peminat kucing. Akaun Facebook atas namanya juga kini sudah mempunyai seramai 147 ribu pengikut.
Sementara itu, menerusi kiriman pemiliknya semalam, Hamdan dikatakan menderita penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP).
Berita kematian Hamdan itu turut membuatkan peminat-peminatnya sedih dan mereka mendoakan agar ia ditempatkan di syurga.


Sumber: Hamdan Karipuley