Tiga anggota bomba dilaporkan cedera setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik. Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi tadi melibatkan jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Gerik dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan pulang daripada operasi pemadaman kebakaran yang melibatkan sebuah lori muatan getah di KM 39 JRTB Gerik-Banding.
Seorang anggota dilaporkan cedera parah manakala dua anggota lain masing-masing mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki. Anggota yang terlibat menerima rawatan lanjut di Hospital Gerik.
Sumber: Info Trafik 1Malaysia, Info Roadblock JPJ/Polis