Permaianan mobile popular, PUBG Mobile secara rasmi mengumumkan kersama dengan kumpulan penyanyi popular dari Korea Selatan, BLACKPINK.
Perkara berkenaan disahkan melalui satu tweet di laman Twitter, PUBG Mobile semalam.
Walaupun tidak banyak yang dikongsikan mengenai kerjasama dengan Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa itu, namun media menjangkakan pengenalan avatar khas bertemakan kumpulan berkenaan yang boleh dimainkan oleh pemain PUBG.
Menurut Antara News yang memetik laporan Hypebeast, dijangkakan juga kehadiran kenderaan dalam permainan dengan ruang dalaman berwarna merah jambu selain light stick yang dikenali sebagai BLINK dalam kalangan peminat BLACKPINK.
Sumber: Antara News