
Puasa Sebulan Tapi Berat Tak Turun-Turun, Ini Menu Diet Ramadan Korang ‘Wajib’ Try
Tanpa sedar, tempoh kurang daripada 50 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut dan menunaikan ibadah puasa. Tidak hairanlah jika ramai yang mula mengambil kesempatan ini untuk menurunkan berat badan sebelum tibanya Syawal.
Maklumlah, keinginan untuk tampil cantik, segar dan berseri pada pagi Aidilfitri sememangnya memerlukan usaha yang konsisten, dan ia seharusnya dimulakan lebih awal.
Seiring dengan itu, ramai juga yang sudah mula merancang menu serta juadah yang bakal disediakan sepanjang bulan Ramadan.
Lebih penting, hidangan yang dinikmati ketika bersahur dan berbuka puasa bukan sahaja perlu mengenyangkan. Malah, haruslah seimbang dan kaya dengan khasiat bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.
Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Hello Doktor mengenai beberapa menu diet Ramadan yang boleh dijadikan pilihan dan wajar dicuba nanti.
Ramai tertanya-tanya kenapa puasa tapi tak kurus walaupun hanya makan dua kali sehari. Jawapannya bukan pada puasa, tapi corak pemakanan ketika berbuka dan sahur.
Antara punca utama:
Pengambilan makanan bergula dan bergoreng secara berlebihan
Portion terlalu besar ketika berbuka
Kurang protein dan serat dalam menu diet
Makan lewat malam selepas berbuka
Tanpa kawalan, puasa boleh menyebabkan lebihan kalori terkumpul dan menyukarkan penurunan berat badan.
Jika anda meragui sama ada adakah puasa dapat menurunkan berat badan atau tidak? Jawapannya adalah ya, dengan syarat pemilihan makanan dan gaya hidup dilakukan dengan betul.
Puasa membantu:
Mengawal pengambilan kalori harian
Mengurangkan tabiat makan berlebihan
Meningkatkan sensitiviti insulin
Namun, hasil seperti puasa turun 10kg biasanya hanya akan berlaku jika disertai menu diet yang konsisten, kawalan gula dan aktiviti fizikal ringan, bukan sekadar bergantung pada puasa semata-mata.
Menu sahur diet perlu fokus kepada protein, serat dan karbohidrat kompleks supaya badan dapat kekal bertenaga untuk tempoh lebih lama.
Antara pilihan:
Telur rebus
Oat tanpa gula
Yogurt rendah lemak
Sayur hijau. Contoh: bayam, brokoli, kailan atau salad hijau
Buah rendah indeks glisemik, Contoh: epal, pir, kiwi, strawberi atau beri biru
Sahur yang betul membantu elak makan berlebihan ketika berbuka.
Jika sasaran anda ialah menu berbuka puasa diet, pilih makanan ringkas dan mudah dihadam. Antara pilihannya seperti:
Kurma (1-2 biji)
Sup sayur jernih (tanpa santan & minyak). Contoh: sup bayam, sup sawi, sup lobak merah atau sup kubis
Buah potong rendah gula. Contoh: epal hijau, pir, betik, tembikai atau beri
Air kosong atau air berperisa semula jadi. Contoh: air kosong dicampur hirisan lemon, timun atau daun pudina
Menu berbuka puasa simple dapat membantu mengelakkan lonjakan gula darah dan rasa mengantuk selepas makan.
Ikan adalah antara sumber protein yang baik. Ini kerana protein membantu rasa kenyang lebih lama dan menyokong pembakaran lemak.
Antara menu berbuka puasa ikan yang boleh dijadikan pilihan:
Ikan kukus
Ikan bakar tanpa sos manis
Sup ikan
Ikan panggang
Jenis ikan yang boleh dijadikan pilihan:
Ikan kembung
Ikan selar
Ikan siakap
Ikan tilapia
Ikan bawal hitam
Ikan tenggiri (ambil bahagian isi sahaja)
Ikan salmon (dalam kuantiti sederhana)
Pilihan ini sangat sesuai untuk menu berbuka puasa diet kerana rendah lemak dan tinggi protein berkualiti.
Pengurusan berat badan dan diet sewaktu berpuasa bukan tentang menahan lapar semata-mata, tetapi bagaimana anda mengawal kualiti dan kuantiti makanan.
Pemilihan menu berbuka puasa diet dan menu sahur diet yang seimbang membantu mengekalkan paras gula darah stabil, mengelakkan makan berlebihan dan menyoong pembakaran lemak secara sihat.
Apabila diet dirancang dengan betul, puasa boleh menjadi peluang untuk membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik dan berpanjangan.
Pemilihan menu berbuka puasa diet yang betul membantu menjawab persoalan kenapa puasa tapi tak kurus dan adakah puasa dapat menurunkan berat badan.
Dengan suasan menu diet yang seimbang, pilihan menu berbuka puasa simple, menu berbuka puasa ikan serta menu sayur yang tepat, penurunan berat badan secara sihat – walaupun sasaran puasa turun 10kg – menjadi lebih realisitik dan selamat.
Sumber: Hello Doktor