MANCHESTER, 22 Ogos – Seorang psikiatris palsu yang berkhidmat di Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom sejak 22 tahun lalu ditahan pihak berkuasa, baru-baru ini.
Suspek, 57, ditahan atas kesalahan berkhidmat dalam profesion tersebut tanpa sebarang tauliah dengan 13 kesalahan menipu.
Difahamkan, kegiatan perkhidmatan palsunya itu berjaya dikesan dalam satu siasatan yang dijalankan oleh detektif Pasukan Jenayah dan Perlindungan, memetik laporan Daily Mail.
Dalam masa sama, pasukan keselamatan Cumbria Constabulary hari ini turut mengesahkan bahawa bekas ‘psikiatris’ tersebut turut didakwa dengan dua tuduhan menjalankan sesi rawatan psikiatri palsu serta.

Suspek juga didakwa dengan lapan tuduhan penipuan dengan representasi palsu serta tiga tuduhan mengambil kesempatan melibatkan sejumlah wang.
“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Manchester pada 22 September kelak,” memetik laporan itu.
Sebelum ini, suspek dilaporkan berkhidmat sebagai psikiatris konsultan di Norfolk and Suffolk Foundation Trust (NSFT) antara 2014 hingga 2015 lalu dalam penjagaan warga emas dan kanak-kanak.
Sumber: Daily Mail UK