evakuasi
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Proses Evakuasi Pelajar Malaysia Di Bangladesh

Nurul Naqiyah

Proses Evakuasi Pelajar Malaysia Di Bangladesh

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik dan berterima kasih keputusan Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk melakukan evakuasi kepada keseluruhan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

Seperti dimaklumkan oleh pihak Wisma Putra, proses membawa pulang ini akan dilakukan dalam keadaan segera dan turut melibatkan lebih 124 pelajar Malaysia yang terjejas berada di sana.

KPT akan bekerjasama dengan KLN dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan ketika ketibaan rakyat Malaysia nanti termasuklah menyediakan bantuan kaunseling, penginapan dan bantuan logistik.

Sama-sama kita doakan proses evakuasi ini berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dapat tiba di tanah air dengan selamat.