
Projek Lebuhraya Pan Borneo Serusop–Pinturu Berjalan Lancar
Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang melibatkan laluan Serusop hingga Pinturu sepanjang 20.8 kilometer dijangka siap sepenuhnya pada 19 Julai 2028.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek berkenaan bermula pada 20 Januari 2025 dan setakat ini menunjukkan perkembangan yang positif.
“Saya melawat tapak kerja hari ini dan gembira melihat kemajuannya yang lebih awal daripada jadual,” katanya.
Laluan berkenaan merupakan jalan raya satu lorong dua hala yang menghubungkan Tuaran dengan Kota Belud, selain turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan sepanjang 682 meter.
Dalam lawatan itu, Hajiji menerima taklimat projek daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Datuk Philemon Lajawai bersama pegawainya.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya.
BACA: Perlis Laksana Kajian Caj Ke Thailand Melalui ICQS Padang Besar, Wang Kelian
Sumber: Sabah Media