
1. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir ke Sesi Libat Urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia bersempena dengan penganjuran program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Sharifah Khatreena Nuraniah, MRSM Arau, hari ini.
2. Program ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri Perlis, YB Wan Zikri Afthar Ishak dan Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, YBrs. Puan Siti Hasmah Hassan.
3. Kembara JOM merupakan sebuah inisiatif KBS melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan JBSN bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.
4. Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan untuk memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 .
5. Antara kandungan utama kepada pindaan Akta 668 adalah merangkumi penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat (4) tahun. Pindaan Akta 668 telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 dan akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.
6. Sehubungan itu, Kembara JOM merupakan platform terbaik bagi pemegang taruh belia:
6.1 mendapatkan maklum balas dan pandangan tentang pelan transisi kepimpinan belia;
6.2 meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Akta 668 dan pindaan 2019;
6.3 meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai hala tuju belia dan kepimpinan belia negara; dan
6.4 mendapatkan maklumat terkini untuk merangka program dan aktiviti pembangunan belia yang menyeluruh, inklusif dan komprehensif.
7. Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan.
8. Pelaksanaan Kembara JOM ini juga menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan pembangunan belia seiring dengan hasrat dan aspirasi dalam kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030).
9. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung penganjuran Kembara JOM, sila hubungi JBSN melalui talian 03-8871 3744 atau e-mel [email protected].