Peluncuran Skuad Ihsan Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

Program Flag Off Pasca Banjir Peluncuran Skuad Ihsan Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Siti Sakinah

Program Flag Off Pasca Banjir Peluncuran Skuad Ihsan Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Kelantan, 11 Disember 2024 – Program Flag Off Pasca Banjir Skuad Ihsan Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah LPP, YBrs. Encik Amir bin Matamin.

Program ini melibatkan pasukan Standby Civil Defence Auxiliary (CDA), ERT LPP, serta Skuad Ihsan Madani, yang akan melaksanakan operasi bantuan di kawasan Rantau Panjang dan Tumpat, Kelantan selama empat hari.

Operasi ini merupakan inisiatif LPP bersama Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan untuk membantu mangsa banjir dengan menyediakan bantuan segera dan pemulihan infrastruktur. Fokus utama adalah membersihkan masjid, rumah orang awam, pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), rumah anggota LPP, dan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pasukan ini turut membawa bantuan logistik seperti kit kebersihan, makanan sedia di makan, dan barangan mencuci rumah. PUSPANITA LPP juga menyumbangkan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Operasi melibatkan 21 orang dari LPP Ibu Pejabat, 15 orang dari LPP Negeri Melaka, 30 orang LPP Negeri Kelantan, 15 orang dari ILMAP dan 8 orang dari NAFAS dengan jumlah kekuatan 89 orang. Dengan gabungan tenaga, kepakaran, dan sokongan logistik, operasi ini dijangka memberi impak besar dalam membantu pemulihan kawasan terjejas.

Skuad Ihsan Madani LPP mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan tinggi dalam menangani bencana, diharapkan usaha ini dapat mempercepatkan pemulihan pasca banjir dan memberi harapan baru kepada penduduk yang terjejas.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP YBrs Encik Nik Mohd Shaharil Bin Nik Md Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LPP YBrs Tuan Hj Mohd Fauzi bin Badron dan Pengarah-pengarah Bahagian/ Cawangan/ Unit LPP Ibu Pejabat.