Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa sehingga jam 3 petang ini, peratus keseluruhan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai sebanyak 57 peratus.
PRU DUN Melaka Ke-15 pada kali ini berlangsung dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai di beberapa kawasan di sebelah pagi.
Dalam keadaan negara masih lagi memerangi wabak pandemik COVID-19, pilihan raya pada kali ini terpaksa diadakan mengikut SOP yang ketat.
Bagi membendung penularan wabak COVID-19 atau kluster-kluster baharu, petugas-petugas pilihan raya telah ditugaskan agar sentiasa sanitasi pusat mengundi untuk menjamin keselamatan para pengundi yang hadir menunaikan tanggungjawab mereka.
PRN Melaka pada kali ini sedang diadakan bermula dari jam 8 pagi dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan 1,109 saluran.
Bagi yang belum keluar untuk mengundi, tunaikan tanggungjawab anda demi kemajuan dan kesejahteraan negeri Melaka.