
Presiden Perancis Gesa Israel Hentikan Pembunuhan Bayi Dan Wanita Di Gaza
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu kenyataannya kepada BBC dilaporkan telah menggesa Israel agar menghentikan pembunuhan bayi dan wanita di Gaza.
Macron berkata demikian dalam temu bual eksklusif di Istana Elysee bahawa tiada sebab untuk pengeboman itu dilakukan.
Walaupun perbuatan itu dikatakan sebagai melindungi Israel, “kami menggesa agar mereka menghentikan pengeboman ini” di Gaza, katanya lagi.
Bagaimanapun, Macron menegaskan, Perancis juga dengan jelas mengutuk tindakan kumpulan pejuang Hamas dari Palestin.
Dalam pada itu, Macron juga berharap agar negara barat yang lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom turut menyertai gesaan gencatan senjata tersebut.
Temu bual itu dibuat sehari selepas persidangan bantuan kemanusiaan di Paris mengenai konflik di Gaza.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Menurut Macron, kesemua kerajaan dan agensi yang hadir pada sidang kemuncak itu berpendapat tiada jalan penyelesaian lain selain gencatan senjata dilaksanakan segera.
“Tiada penyelesaian lain, selain berhenti sejenak dengan laksanakan gencatan senjata agar boleh melindungi semua orang awam yang tiada kaitan dengan konflik.
“Hari ini orang awam dibom, bayi, wanita, orang tua dibom dan dibunuh. Jadi tiada sebab lain untuk perkara itu dilakukan. Kami menggesa Israel untuk berhenti,” tambahnya.
Sumber: BBC