Setelah sepuluh hari usaha pencarian dilakukan, kehilangan remaja berusia 15 tahun akhirnya terjawab apabila keluarganya sendiri telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai petang tadi adalah Nora Anne Quoirin.
Pengesahan terbabit telah dibuat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebentar tadi dan proses bedah siasat mayat itu akan dijalankan 10 pagi esok di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Sementara itu di laman twitter, nama Nora Anne trending nombor satu di Malaysia. Orang ramai tidak putus-putus mengucapkan takziah dan kata-kata sokongan kepada keluarga Nora Anne.

Di samping itu, David Blevins yang merupakan Koresponden Kanan Sky News. Ireland ada memuatnaik ciapan di laman twitternya sebentar tadi.
Presiden, Micheal D. Higgins menambah bahawa:
Sumber: David Blevins