
Prabowo Miliki Kekayaan Lebih RM500 Juta, Ini Senarai Asetnya
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto direkodkan memiliki kekayaan mencecah Rp 2 trilion (RM517 juta), lapor Kompas.com.
Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) menerusi Laporan Harta Kekayaan Pegawai Negeri (LHKPN) pada Rabu.
Prabowo telah mengisytiharkan hartanya dalam LHKPN itu pada 11 April lalu.
Berdasarkan data LHKPN, aset terbesar Prabowo adalah dari hartanah termasuk bangunan dengan nilai keseluruhan Rp 294 bilion.
Prabowo direkodkan memiliki 10 bidang tanah dan bangunan iaitu dua di Jakarta Selatan dan lapan di Bogor. Tidak cuma itu, beliau juga memiliki peralatan dan jentera pengangkutan dengan nilai keseluruhan Rp 1.2 bilion.
Ketua Umum Parti Gerindra itu mempunyai Toyota Alphard, Honda CR-V, Land Rover, Toyota Land Cruiser, Mitsubishi Pajero dan Toyota Lexus.
Selain itu, beliau juga memiliki motosikal Suzuki bernilai Rp 3.5 juta.
Beliau turut memiliki aset boleh alih bernilai Rp 16.4 bilion, wang tunai sebanyak Rp 48 bilion serta tidak mempunyai sebarang hutang.
Prabowo pertama kali mendedahkan kekayaannya ketika bertanding dengan Megawati Soekarnoputri pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2009. Kekayaannya pada ketika itu adalah Rp1.6 trilion.
Sumber: Kompas