cara tanam serai
Kredit Facebook/Berkebun Di Rumah

“Potong Bahagian Bawah,” Lelaki Kongsi Cara Betul Tanam Serai 

Syed Faisal Sayed Muhammad

“Potong Bahagian Bawah,” Lelaki Kongsi Cara Betul Tanam Serai

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu ini, berjimat cermat sangat diperlukan bagi memastikan keadaan keawangan stabil untuk meneruskan hidup.

Ramai dikalangan rakyat Malaysia mula berjinak-jinak dalam aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran di sekeliling rumah untuk memudahkan urusan mereka.

Antara tanaman yang sering ditanam adalah seperti cili, sawi, serai dan pelbagai lagi jenis sayur-sayuran yang mudah diuruskan.

Tanaman seperti serai amat mudah ditanam dan dibiakkan tetapi tahukah anda terdapat cara yang betul untuk menanam tanaman tersebut.

Perkongsian cara tanaman serai yang betul itu telah dilakukan oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Berkebun Di Rumah.

Menurut perkongsian itu, kebiasaannya orang menanam serai dengan cara menanam dua atau tiga batang serai dalam satu rumpun.

“Dulu kalau nak tanam serai. Saya kadang-kadang ambik dua @ tiga batang dan kadang-kadang satu rumpun dibagi tiga @ empat bahagian kemudian tanam,” tulis perkongsian itu.

Tambahnya, cara tanaman serai yang betul adalah dengan memotong bahagian bawah atau pangkal serai lalu rendam dalam air yang sedikit.

Potong bahagian bawah serai

“Mak mertua saya cakap rugi kalau macam tu. Sayang serai tu kita boleh pakai untuk masak. Dia ajar saya potong bahagian bawah (dalam gambar) kemudian rendam dalam sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuh akar tu,” tulis perkongsian itu lagi.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02BvL2zhxoDZqDwRZ1eCfKiVJv5qHgSH8HA4JraCVF
Kredit Facebook

Dalam tempoh sehari atau dua, pucuk serai akan mula tumbuh dan boleh ditanam ke dalam tanah atau kawasan yang disediakan.

“Boleh ja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu, tapi saya lebih suka tunggu sampai tumbuh akar baru ditanam. Mudah kan,” jelas perkongsian pengguna itu lagi.

Perkongsian bermanfaat pengguna itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Terima kasih berkongsi ilmu,” tulis seorang netizen.

“Saya pun suka berkebun, tanam dekat tong cat je, tepi longkang. Saya tanam pokok kunyit, pucuk ubi, sekadar untuk lepas makan sendiri,” tulis seorang netizen yang turut menyukai hobi menanam tersebut.

“Terima kasih baru tahu,” tulis seorang lagi netizen yang baru mengetahui cara tersebut.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02BvL2zhxoDZqDwRZ1eCfKiVJv5qHgSH8HA4JraCVFKdoGUsKYwoLyAg6wEiF1faRsl&id=100070027640157

Sumber: Facebook/ Berkebun Di Rumah