Cerita pasal kucing memang takkan habis, ada saja telatah mereka yang membuatkan manusia di sekeliling ‘pening’ dan terhibur. Terkadang, tak payah buat apa-apa pun, duduk saja pun dah menarik perhatian ramai.
Sama seperti kucing putih ini yang nampaknya telah interframe dalam satu sidang media dan berjaya mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian Rapid KL, kucing itu dilihat sedang berbaring dengan penuh gaya semasa berlangsungnya sidang media pembukaan PPV di Stesen LRT Putra Heights oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Prasarana, Tomin Salikan pada hari ini.

Tidak dapat dipastikan kucing itu berasal dari mana namun ia sepertinya mempunyai penjaga kerana dipakaikan rantai kolar.
Gambar Via Rapid KLSehingga kini, kiriman itu telah mendapat sebanyak 3.4 ribu tanda suka dan 915 perkongsian di Facebook dengan pelbagai komen-komen yang melucukan.


Sumber: Rapid KL