Syarikat perkhidmatan penghantaran Thailand mengambil langkah berjaga-jaga dengan memulakan kerja-kerja disinfeksi terhadap parcel-parcel yang dipos dari luar negara bagi mencegah penularan virus Covid-19, walaupun WHO menjelaskan ia adalah selamat untuk menerima parcel yang dipos dari negara terjejas teruk seperti China.
Thailand mencatatkan 4 lagi kes terbaru Khamis lepas, menjadikan kes positif keseluruhan adalah 47 kes dengan satu kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut Bangkok Post, walupun tiada sebarang laporan yang pernah menyebut bahawa ada individu yang dijangkiti virus berkenaan melalui parcel yang diterima, namun langkah yang diambil Thailand adalah usaha terbaru dibuat pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.
”Pejabat pos Thailand akan disinfeksi semua parcel yang diterima dari luar negara di ibu pejabat kami, termasuklah di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Pejabat Pos Lak Si, perkhidmatan penghantaran ekspress dan lori,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Pos Thailand.
Terdahulu WHO yang mengeluarkan nasihat di laman webnya berkata,
”Penerima parcel yang dipos dari China tidak berisiko untuk dijangkiti dengan Covid-19. Hasil analisis yang dibuat pakar, virus tersebut tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama pada permukaan objek, seperti surat dan juga parcel,”.
Kes-kes terbaru di Thailand melibatkan seorang warga Itali, seorang warga China dan dua warga tempatan.
Sumber: Bangkok Post