
Pos Najis Sendiri Ke Rumah Pelakon Hollywood, Wanita Berpewatakan Lelaki Dikenakan Bon
Seorang wanita berpewatakan lelaki yang menghantar najisnya melalui Australia Post kepada pelakon Leonardo DiCaprio dan Jared Leto, diberikan bon berkelakuan baik selama dua tahun, lapor ABC.
Wanita berusia 49 tahun tersebut hadir di Mahkamah Majistret Broome pada hari Rabu dan mengaku bersalah atas lima pertuduhan.
Pertuduhan itu melibatkan penggunaan perkhidmatan pos untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kesalahan kepada orang lain.
Mahkamah mendengar pengakuan suspek yang dilaporkan telah menghantar 23 beg pos antarabangsa dari pejabat pos di Lesmurdie, Perth dan Kalamunda dari 2 hingga 8 Februari.
Kesemua bungkusan telah dialamatkan oleh suspek ke pelbagai lokasi di seluruh California, Amerika Syarikat untuk mendapat perhatian DiCaprio.
Selain itu, bungkusan yang dihantar dari High Wycomve pula ditujukan kepada seorang lagi pelakon Leto.
Pendakwa raya Komanwel, Rhys Mola memberitahu mahkamah bahawa beg itu masing-masing mengandungi najis dan air kencing suspek yang telah beku.
Penghantaran bungkusan itu diperincikan kepada penerimanya sebangai “konfeksionari valentine”.
Mahkamah diberitahu bahawa sewaktu menghantar bungkusan itu, suspek telah menandakan barang itu sebagai tidak mengandungi barang terlarang.
Mola berkata kesalahan yang dilakukan itu boleh membawa kepada hukuman maksimum penjara 12 bulan atau denda USD16,500 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah juga turut mendengar bahawa kandungan beg itu diketahui selepas salah satu daripada barang itu pecah dan bocor oleh seorang pekerja Australia Post.
Sementara itu, peguambela suspek Kaia Gooding berkata, suspek dilahirkan di Filipina sebelum berpindah ke AS.
Dia kini menetap di Australia dengan visa penghubung sementara.
Gooding menyifatkan suspek sebagai “bersemangat untuk menyelamatkan alam sekitar”, dan niatnya tidak langsung ingin mengganggu pelakon itu.
Dalam pada itu, laporan psikatri yang dibentangkan kepada mahkamah mendedahkan suspek telah bertindak atas idea itu tanpa mengambil kira akibat gangguan mental.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Gooding juga meminta agar pertuduhan itu ditolak dan berkata bahawa suspek telah menyatakan “penyesalan” terhadap tindakannya.
Bagaimanapun, Majistret Deen Potter berkata tindakan suspek telah memberikan kesan terhadap operasi pos dengan peralatan perlindungan diri yang terlibat.
Majistret Potter akhirnya memberikan suspek penalti global bon pengiktirafan dua tahun sebanyak USD3,000.
Sumber: ABC