Polis yang telah didapati bersalah membunuh George Floyd pada Mei tahun lalu dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun setengah.
Menerusi perbicaraan yang diadakan pada Jumaat, juri mendapati bahawa Derek Chauvin melakukan kesalahan pembunuhan tahap kedua dan ketiga, lapor Reuters.
Hukuman ke atas Chauvin adalah yang tempoh yang terpanjang dikenakan kepada bekas pegawai polis kerana menggunakan kekerasan di Amerika Syarikat.
Peguam Negara Minnesota, Keith Ellison, yang mengadili kes tersebut mengatakan bahawa kejayaan pendakwaan terhadap pegawai polis dalam kes kekerasan seperti itu adalah sangat jarang berlaku.
Sebelum hukuman dijatuhkan, adik beradik kepada George Floyd meluahkan kesedihan mereka kerana ibu Chauvin tetap berkeras menyatakan bahawa anaknya tidak bersalah dan telah mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Hakim Daerah Hennepin County, Peter Cahill mengatakan bahawa kenyataan ibu Chauvin iu tidak mempengaruhi dirinya kerana adalah lebih penting untuk menyedari mengenai ‘kesakitan’ yang dialami oleh keluarga Floyd.
“Hukuman saya tidak berdasarkan pendapat orang ramai,” katanya.
Cahill juga memberikan pertimbangan kepada hujah pihak pendakwaan bahawa Chauvin bertindak dengan kejam dan menyalahgunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya.
Sumber: Reuters