
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan kartel daging import, memetik laporan Bernama.
Hasil siasatan polis mengesan bahawa kartel daging import melibatkan rangkaian luas di mana didalangi oleh sindiket dari dalam dan luar negara.
Siasatan kartel daging import tersebut merangkumi pemerolehan, penyimpanan dan Permit Import oleh syarikat yang membekal daging sejuk beku kepada pemborong seluruh Malaysia.
Terdahulu, gempar isu daging import haram yang diseludup masuk ke dalam negara ini dan diletakkan logo halal palsu sebelum diagihkan di pasaran tempatan.
Laporan lanjut menyusul.
Sumber: Twitter Bernama