Putrajaya, 9 Sept – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes anggota tentera maut dipercayai terjun dari tingkat 3.
“Siasatan masih berjalan. Kita telahpun memanggil beberapa orang saksi untuk menyiasat detik-detik sebelum arwah (dipercayai) berlari dan terjun.
“Apakah tindakan tersebut berpunca daripada sesuatu tekanan, ugutan atau penderaan. Itu sedang disiasat. Beberapa anggota tentera di kem tersebut sedang dirakamkan percakapan,” katanya.
Tambahnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur penderaan dalam tragedi tersebut.
“Kita lihat dari sudut itu. Mungkin ada penderaan, jadi arwah ketakutan dan lari. Bukan nak bunuh diri, tapi ketakutan,” katanya.
Jelasnya, pihak polis akan menyerahkan butiran diperoleh kepada peguam negara secara telus.
“Apabila kita dapat butiran didapati kita akan angkat kepada peguam negara,” katanya.
“Siasatan polis tiada apa yang kami lindungi. Kami akan siasat sebaiknya dan memberi keadilan buat semua pihak,” tegasnya ketika Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) sebentar tadi.
Beberapa hari lalu, media melaporkan kes kematian seorang tentera akibat kecederaan parah setelah jatuh dari tingkat tiga kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat pada 29 Ogos lalu.
Jawapan bermula pada minit 1.26.10