Polis Siasat Tular Lagu Negaraku Dinyanyikan Bersama Bendera Israel
Gambar: Bernama TV

Polis Siasat Video Tular Lagu Negaraku Dinyanyikan Bersama Bendera Israel

Iqbal Yasir

Polis Siasat Video Tular Lagu Negaraku Dinyanyikan Bersama Bendera Israel

PETALING JAYA — Baru-baru ini tular satu rakaman video yang berdurasi 47 saat di dalam aplikasi kumpulan Whatsapp mendedahkan lagu Negaraku dialunkan bersama kibaran bendera negara Malaysia dan Israel.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitenden Ku, Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berhubung kejadian itu pada 29 November lalu sekitar jam 11.20 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada bulan September 2022 ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam,” maklumnya.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya Via Bernama TV

BACA JUGA: Patutlah “Crush” Asyik Pekup Hidung Setiap Kali Sembang, Rupanya Dia Nak Elak Benda Ni

BACA JUGA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”