Berintegriti hingga ke akar umbi. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana-mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing-masing.
Kebetulan pula, akhir-akhir ini hangat diperkatakan di media sosial berkenaan penguatkuasaan sekatan jalan raya (SJR) yang semakin ketat, dikhabarkan hingga menyebabkan kesesakan teruk di laluan-laluan utama.
Difahamkan, ianya dipercayai berlaku selepas timbul dakwaan umum yang mengatakan pihak polis sekadar ‘melambai tangan’ sahaja di SJR tersebut, seperti apa yang diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador baru-baru ini.
Mungkin perubahan suasana penguatkuasaan kali ini agak mengejut, namun jika dipandang daripada sudut positif, kita akan memahami bahawa ianya adalah demi keselamatan awam.
Polis saman polis
Gambar: FB Polis KedahSesuatu yang menarik perhatian berlaku di Kedah, apabila satu pemeriksaan mengejut dijalankan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada pagi ini.
Pemeriksaan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah itu dilaporkan menerusi laman Facebook rasmi Polis Kedah.
Difahamkan, antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.
Gambar: FB Polis Kedah
Gambar: FB Polis KedahJika diperhatikan foto-foto yang dimuat naik ini, kita mendapati semua kenderaan milik anggota dan pegawai polis yang masuk ke perkarangan IPK ini ditahan dan diperiksa tanpa sebarang kompromi.
Ada kenderaan yang berjaya mematuhi peraturan dengan betul. Bagaimanapun, ada juga yang terbukti melakukan kesalahan.
Menurut laporan itu lagi, beberapa kenderaan milik pegawai, anggota dan kakitangan awam di IPK ini dilaporkan telah disaman kerana didakwa melanggar undang-undang jalan raya.
Difahamkan, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah penggunaan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau ‘fancy’.
Gambar: FB Polis Kedah
Gambar: FB Polis KedahSumber: Facebook Polis Kedah