Video berhubung laungan azan yang didakwa menggunakan pembesar suara seperti yang tular di media sosial baru-baru ini bukan di Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.
“Polis sahkan tular di media sosial berhubung laungan azan guna pembesar suara bukan di Malaysia tetapi Pune, India.
“Polis siasat akaun TikTok tersebut yang mengeluarkan kenyataan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di Malaysia,” katanya, memetik laporan ringkas Bernama.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Bernama