
Polis Kuantan mengesahkan telah menerima dua laporan berkaitan dakwaan kes buli melibatkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada Jumaat, 12 Ogos 2022.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka menerima laporan tersebut daripada pihak ibu bapa mangsa dan juga warden asrama.
“Kita sedang menyiasat setiap sudut kes ini berdasarkan laporan yang telah dibuat.
“Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat,” katanya, lapor Kosmo!
Menurut laporan Kosmo, seorang pengguna Facebook mendakwa pihak pengurusan MRSM Kuantan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kes buli yang berlaku di sekolah melibatkan anaknya.
Menerusi hantaran itu juga, pengguna Facebook itu mendakwa terdapat unsur khianat dan gangsterisme di sekolah berkenaan.
Dalam pada itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar baju sekolah milik anaknya yang telah diconteng dan rambut yang telah digunting ketika tidur.
Oleh kerana kes tersebut memerlukan penyiasatan yang sangat teliti, polis akan menjelaskan perkembangan lanjut berkaitan hal tersebut dalam masa yang terdekat.
BACA: Mengembang Setiap Kali Batuk, Lelaki Menderita Hernia Sebesar Bola Di Perut
Sumber: Sinar Harian