Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi keterangan pada esok (16 Oktober) berkaitan siasatan kes penyebaran nama Ahli Parlimen yang didakwa memberikan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, seperti memetik laporan ringkas Bernama sebentar tadi.
Terdahulu, dalam satu kenyaataan pada Isnin, Bukit Aman menangguhkan untuk mengambil keterangan Ahli Parlimen Port Dickson itu ke satu tarikh lain.
Ianya berhubung kes penyebaran senarai 121 anggota Parlimen yang didakwa menyokong beliau di media sosial.
Laporan lanjut menyusul
Sumber: Bernama TV