
Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang
Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.
Menurut kenyataan Polis Klang Selatan di Facebook, alamat terakhir Amni Syahirah Muhammad Syahir adalah di Shah Alam.
Manakala, pakaian terakhir yang dilihat dipakai olehnya adalah t-shirt muslimah berwarna hijau dan hitam, bertudung hitam dan berseluar hitam.
“Penama didapati telah keluar dari rumah pada tarikh tersebut (18 Disember) dan masih belum pulang sehingga kini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat individu ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Norasyikin Hamsan menerusi talian hotline IPD Klang Selatan (03-3376 2222) atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Polis Klang Selatan