Polis kesan seorang lelaki
Kredit Polis Daerah Petaling Jaya

Polis Minta Bantuan Kesan Orang Hilang, Kali Terakhir Dilihat Di Apartment Harmoni, Damansara Damai

Syed Faisal Sayed Muhammad

Polis Minta Bantuan Kesan Orang Hilang, Kali Terakhir Dilihat Di Apartment Harmoni, Damansara Damai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ini meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 29 tahun yang dilaporkan hilang.

Menerusi kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, mangsa Muhammad Saharuddin Bin Mat dilapor hilang pada 12 Disember lalu sekitar jam 11.30 pagi.

Laporan berhubung kehilangan mangsa kemudian diterima oleh pihak IPD Petaling Jaya pada 13 Disember kira-kira jam 12.16 tengah hari.

Mangsa dikatakan kali terakhir dilihat dirumahnya yang beralamat di G-103A Apartmen Harmoni Jalan PJU10/4C Damansara Damai, Petaling Jaya.

Berdasarkan kenyataan itu lagi, lelaki tersebut memiliki penampilan seperti berkulit sawo matang, berbadan kurus tinggi, berambut pendek dan hitam.

Kali terakhir Muhammad Saharuddin dilihat sedang memakai pakaian T-shirt berwarna biru gelap dan seluar panjang berwarna hitam semasa keluar dari rumahnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan polis.

Selain itu, saksi yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung terus ke bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966222.

BACA: Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula

Sumber: Facebook/Polis Daerah Petaling Jaya