Pihak polis telah mengesan aktiviti penawaran kerja oleh sindiket Ah Long kepada peminjam. Susulan kes ini, polis mengeluarkan kenyataan larangan kepada individu dalam melibatkan diri dengan sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen. Polis Diraja Malaysia juga telah mengesahkan dua kes yang dikesan di Sabah tersebut melibatkan dua mangsa yang berbeza yang berlaku dalam dua keadaan, iaitu
Individu yang pinjaman mereka tidak diluluskan oleh Ah Long, mereka ditawarkan untuk bekerja sebagai penyimbah cat mahupun penghantar notis ugutan dan diberikan upah atas kerja yang dilakukan.
Peminjam yang gagal untuk melunaskan pembayaran, mereka diminta untuk bekerja dengan pihak Ah Long dan jumlah hutang mereka ditolak setelah kerja diselesaikan.
Pihak polis juga mengingatkan bahawa tindakan bersekongkol dengan sindiket ini samada secara rela hati atau paksaan, boleh disiasat di bawah undang-undang berikut:



Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen.
Sumber: Polis Diraja Malaysia