Bakytzhan Bakirov, 36, dijulang sebagai Hero Kazakhstan selepas tindakan nekadnya sanggup terjun dari tingkat 13 sebuah bangunan hanya semata-mata mahu memberkas suspek utama kes rogol.
Dia bersama rakannya sebelum itu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan mengenai tindakan seorang lelaki menceroboh masuk sebuah kediaman di bangunan itu dan melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja 15 tahun.
Ketika mereka tiba di lokasi tersebut, suspek yang menyedari kehadiran anggota polis bertindak melarikan diri dan terjun melalui sebuah tingkap. Tanpa berlengah, Bakirov mengejar suspek dan turut bertindak terjun melalui tingkap yang sama.
Bagaimanapun, Bakirov dan suspek bernasib baik apabila terdapat sebuah balkoni di luar tingkap yang terletak di tingkap 11, dan mereka berdua berjaya mendarat disitu.
Menurut Bakirov, suspek turut bertindak agresif ketika mahu ditahan. Walaupun mengalami kecederaan patah kaki, Bakirov berjaya mengekang suspek daripada melarikan diri sehingga bantuan hadir.
Bakirov menerima pingat penghargaan di atas keberaniannya itu, yang turut diterima rakannya.
Menurut Bakirov, dua orang anaknya yang masih kecil menjadi motivasi ketika dia menjalankan tugas kerana dia tidak mahu mereka menjadi mangsa penjenayah di masa depan.
Bakirov turut merasa lega apabila doktor yang melakukan pembedahan terhadap kakinya memaklumkan dia tiada masalah untuk meneruskan tugasnya apabila sembuh kelak.
Selain menjadi suspek utama kes rogol, suspek juga turut didakwa mencuri wang tunai berjumlah lebih RM 70 ribu dan melakukan ugutan terhadap adik mangsa serangan seksualnya.
Sumber: Dailymail