BANGKOK: Seorang pegawai polis Bangkok berkemungkinan dituduh melakukan jenayah setelah dia didakwa membiarkan seorang suspek dadah dibebaskan daripada tahanan dan membawanya ke sebuah hotel.
Beberapa laporan mendakwa Pegawai Polis itu membuat perjanjian dengan tahanan itu, memperdagangkan seks bebas, akan tetapi pegawai polis itu menafikan laporan itu dengan mengatakan sebahagian daripada cerita atau laporan itu tidak benar.
Pegawai polis itu yang dikenali sebagai Boontip mengatakan bahawa dia membawa wanita berusia 48 tahun ke sebuah hotel, tetapi mereka tidak melakukan hubungan seks, laporan daripada Nation Thailand.
Rakaman CCTV menunjukkan pegawa polis itu melepaskan suspek daripada selnya di Balai Polis Bukkalo.
Polis masih belum membuat tuntutan dan masih menyiasat kejadian tersebut.
Pihak polis menyatakan bahawa mereka akan memecat Boontip daripada Jabatan Polis kerana didakwa telah membebaskan tahanan tersebut.
Sumber: thethaiger