Polis Maharashtra di India semalam telah menggunakan platform Twitter untuk menyebarkan kesedaran tentang wabak Coronavirus yang semakin menular di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Jabatan Polis itu menggunakkan dengan cara yang kreatif.
Laman akaun rasmi, Polis Maharashtra berkongsi grafik dengan menggunakan lagu Johnny Johnny Yes Papa bagi menarik perhatian rakyatnya akan kepentingan duduk di rumah. Teks pada foto itu merujuk, “Johnny Johnny, Ya Papa, Kamu keluar?, Tidak Papa, Berkongsi apa-apa?, Tidak papa, Cuci tangan, Ya ya ya.”
“Johnny tidak pernah sesekali berbohong, Jadilah seperti Johnny. #StayHomeStaySafe,” kata Polis Maharashtra menerusi kapsyen itu.
Tweet kreatif itu mendapat pujian netizen yang rata-rata terhibur dengan idea tersebut.
Sehingga 13 April, jangkitan Coronavirus telah menjangkiti lebih 9,000 mangsa dan daripada 300 nyawa penduduk di India.
Sumber: India Today