Polis “Confuse”, Dengar Jeritan Minta Tolong Rupanya Datang Dari Seekor Kambing
Polis Oklahoma yang bergegas untuk memberikan bantuan selepas mendengar jeritan minta tolong dipercayai datang daripada suara seorang lelaki terkejut sebaik mendapati jeritan itu ternyata datang dari seekor kambing.
Memetik New York Post, rakaman kamera badan yang lucu itu merakamkan dua orang polis Enid berjalan menuruni padang ke arah bunyi seseorang menjerit “tolong”.
“Saya rasa itu orang,” kata seorang pegawai yang keliru berdasarkan rakaman kamera badan.
Selepas mendengar sekali lagi jeritan, pegawai David Sneed dan Neal Storey kedua-duanya berlari terus ke arah jeritan yang mereka anggap sebagai seorang lelaki dalam kesusahan.
Kredit Enid Police Department/FacebookJeritan yang kedengaran garau dan serupa dengan suara lelaki dewasa menjadi lebih kuat apabila pegawai berlari mendekati ke arah jeritan tersebut.
Dua pegawai itu kemudiannya menyedari bahawa jeritan tersebut sebenarnya datang dari seekor haiwan yang sedang marah di dalam kandangnya.
“Ia adalah kambing,” kata Sneed.
“Ia kambing?” Storey yang keliru menjawab sebelum ketawa: “Ah, betul!”
Kambing menjerit kerana terpisah dengan kumpulannya
Kambing yang menjerit itu marah kerana dia telah dipisahkan daripada rakan-rakannya, jelas petani itu kepada pegawai tersebut.
Pemilik kandang berjumpa Sneed dan Storey sebelum ketawa bersama dengan apa yang terjadi di luar kandang kambing yang terus menjerit.
“Terima kasih tuan-tuan. Tindakan pantas anda amat kami hargai.
“Secara keseluruhan, anda benar-benar tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah panggilan yang buruk.” kata polis itu.
Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan seekor kambing gunung ‘sado’ sedang mencari makan yang berjaya dirakam.
Klip video berdurasi selama enam saat itu mendapat berjuta-juta tontonan hanya beberapa jam selepas ia dikongsi di Twitter.
Video tersebut telah dikongsi oleh akaun bernama @OTerrifying di laman Twitter miliknya.
Perkongsian itu turut disusuli kapsyen yang berbunyi: “Kambing gunung berotot besar dilihat di dalam hutan.”
Seperti apa yang digambarkan, dapat dilihat menerusi video itu bahawa seekor haiwan berwarna putih berbulu tebal muncul dari semak samun.
Ia juga kelihatan seperti sedang mencari makanan hanya beberapa meter dari tempat jurukamera sedang merakamnya.
Haiwan itu mempunyai ciri yang menarik seperti lapisan bulu berwarna putih tebal, ekor pendek dan tanduk berwarna hitam.
Sumber: New York Post