Sultan Kelantan
Gambar: BERNAMA

Polis Buka Kertas Siasatan Susulan Kenyataan Palsu Kemangkatan Sultan Kelantan

Hannah

Polis Buka Kertas Siasatan Susulan Kenyataan Palsu Kemangkatan Sultan Kelantan

KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) — Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial yang mendakwa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat pada minggu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Individu terlibat membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Sultan Kelantan meninggal dunia dan pihak saya telah membuat laporan polis dan siasatan kes diambil oleh USJT.

“Individu yang memuat naik kenyataan tersebut juga sedang dikesan dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu membuat kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

BACA: eHATI: Polis Selangor Buka Kertas Inkuiri Kenal Pasti Kesalahan Jenayah

Sumber: BERNAMA