Seorang lelaki warga Thailand mendapat perhatian ramai di media sosial kerana mempunyai lapan orang isteri yang tinggal di rumah yang sama dalam keadaan bahagia.
Ong Dam Sorot, seorang pelukis tatu mendedahkan bahawa beliau kini tinggal dengan lapan orang wanita iaitu isteri-isterinya sebagai sebuah keluarga besar dan bahagia.
Menerima lebih dari tiga juta tontonan, beliau kongsikan berita tersebut di satu program lawak di You Tube. Sorot memperkenalkan satu persatu isterinya di dalam rancangan tersebut.
“Masing-masing dari mereka manggambarkan bahawa suaminya (dia) seorang lelaki yang baik, mudah bergaul dan bertimbang rasa,” katanya, memetik Oddity Central.
Menurut Oddity Central, Sorot menemukan isteri pertamanya ketika majlis perkahwinan rakannya sebelum melamar dan terus berkahwin, manakala isteri keduanya pula ditemukan di pasar dan isteri ketiganya di hospital.
Menarik lagi, bagi isteri keempat, kelima dan keenam, mereka hanya saling berkenalan di media sosial Instagram, Facebook dan Tiktok.
Sementara itu dia bertemu isteri ketujuh di Kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya, manakala isteri terakhirnya iaitu yang kelapan bertemu semasa percutiannya di Pattaya bersama empat isterinya yang lain.
“Dia seoarang lelaki yang penyayang dan sangat bertimbang rasa yang pernah kami kenal,” kata salah seorang isterinya dan kesemua mereka bersetuju akan kenyataan itu.
Menyentuh bagaimana dia berjaya memikat wanita-wanita itu, Sorot menjelaskan bahawa pada awalnya isteri pertamanya bersetuju untuk membenarkannya berkahwin lain.
Namun dengan syarat, dia perlu membawa bakal-bakal isteri yang lain untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.
Difahamkan, setakat ini dia telah mempunyai seorang anak lelaki hasil ‘bersama’ dengan isteri pertama, manakala dua isterinya yang lain pula kini sedang hamil.
Sumber: Oddity Central