(Dari kiri) Christine Choon, Pengarah Urusan Poh Kong Jewellery Manufacturer Sdn Bhd, D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, dan Datin Jennifer Hon, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Berhad
Tiada Kategori

POH KONG Raikan Pelancaran Diraja Koleksi Anggun “Pesona Tanjung”, Kukuhkan Kedudukan Malaysia Sebagai Peneraju Pertukangan Dan Rekaan Barang Kemas

Syamimi

POH KONG Raikan Pelancaran Diraja Koleksi Anggun “Pesona Tanjung”, Kukuhkan Kedudukan Malaysia Sebagai Peneraju Pertukangan Dan Rekaan Barang Kemas

Poh Kong, rangkaian peruncitan barang kemas terbesar di Malaysia, amat berbesar hati menerima keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K., Tengku Permaisuri Selangor, bagi merasmikan pelancaran rasmi siri Anggun ‘Pesona Tanjung’ di fasiliti pembuatan canggih milik syarikat itu di Shah Alam.

(Dari kiri) Christine Choon, Pengarah Urusan Poh Kong Jewellery Manufacturer Sdn Bhd, D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor dan Datin Jennifer Hon, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Berhad

Majlis berprestij ini mempertemukan warisan diraja, keunggulan kreativiti serta kedudukan Malaysia yang semakin menyerlah sebagai hab serantau dalam inovasi barang kemas mewah.

Siri ‘Pesona Tanjung’ menandakan lembaran baharu bagi koleksi Anggun oleh Poh Kong — barisan rekaan istimewa yang meraikan keanggunan, kekuatan dan keayuan wanita di seluruh Asia.

Lawatan D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor ke fasiliti pembuatan Poh Kong

Diilhamkan daripada bunga rasmi negeri Selangor, iaitu Bunga Tanjung (Mimusops elengi), siri ini menzahirkan sembilan kelopaknya sebagai lambang perpaduan, kesucian dan ketabahan, sekali gus mencerminkan keharmonian antara warisan budaya Malaysia dan kepakaran Poh Kong dalam seni pertukangan moden.

Dengan menganjurkan majlis berkenaan di ibu pejabat kemudahan pembuatan utamanya, Poh Kong menegaskan bagaimana ekosistem pengeluaran tempatan syarikat itu menjadi pemangkin kepada inovasi kreatif serta ketahanan perniagaan.

Ditubuhkan pada tahun 2001 dengan pelaburan awal sebanyak RM30 juta, fasiliti di Shah Alam ini telah menjadi nadi utama operasi syarikat, menggabungkan teknologi berketepatan tinggi dengan kemahiran pertukangan tangan bagi menghasilkan kualiti dan reka bentuk yang unggul secara konsisten.

Lawatan D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor ke fasiliti pembuatan Poh Kong

Penambahbaikan berterusan terhadap jentera, sistem teknologi maklumat serta amalan pengeluaran mampan memastikan setiap rekaan mencapai piawaian bertaraf dunia sambil mengekalkan keaslian seni pertukangan tradisional.

Tapak ini turut menempatkan pusat latihan seluas 4,000 kaki persegi yang didedikasikan untuk melahirkan bakat tempatan, mencerminkan keyakinan Poh Kong bahawa tenaga kerjanya merupakan asas sebenar kejayaan syarikat.

Dato’ Eddie Choon, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Poh Kong Holdings Berhad, dalam ucapannya berkata, “Poh Kong sentiasa menjadi lebih daripada sekadar jenama barang kemas.

Lawatan D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor ke fasiliti pembuatan Poh Kong

Ia merupakan kisah kejayaan tempatan yang dibina berasaskan kepercayaan, kemahiran pertukangan dan inovasi.

Selama hampir lima dekad, kami berkembang seiring dengan rakyat Malaysia, memperluas rangkaian peruncitan serta melabur dalam pembangunan bakat tempatan bagi memperkukuh kedudukan negara sebagai peneraju dalam bidang barang kemas mewah.

Visi kami adalah untuk terus menetapkan penanda aras baharu dalam reka bentuk, kualiti dan integriti perniagaan, agar Poh Kong kekal menjadi nama yang dibanggakan oleh generasi demi generasi.”

Gambar kumpulan bersama D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor

Cik Christine Choon, Pengarah Urusan Poh Kong Jewellery Manufacturer Sdn Bhd, menambah, “Kami amat berbesar hati atas keberangkatan tiba D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor sempena pelancaran bermakna siri Anggun ‘Pesona Tanjung’ ini. Selama lebih 40 tahun, Poh Kong telah menggabungkan seni pertukangan emas dengan warisan budaya Malaysia.

Koleksi Anggun mencerminkan keharmonian ini, diilhamkan oleh keindahan, keanggunan dan kekuatan wanita, serta direalisasikan melalui kemahiran para tukang kami. Menjelang ulang tahun ke-50 Poh Kong pada tahun 2026, kami berasa bangga terhadap insan-insan yang telah membina legasi ini dan terus membentuk perjalanan gemilang Poh Kong yang berterusan.”

Majlis pelancaran diraja itu diserikan dengan persembahan selama lapan minit, di mana para peragawati mempersembahkan lima inspirasi bunga di bawah koleksi Anggun, termasuk yang terbaharu, Pesona Tanjung, melalui pertunjukan fesyen berkonsep penceritaan.

Koleksi Poh Kong Anggun diperagakan oleh model-model

Segmen tersebut menzahirkan dengan penuh berwarna-warni inspirasi budaya dan keindahan seni kontemporari koleksi berkenaan, sambil meraikan bagaimana tradisi Malaysia terus mempengaruhi reka bentuk dan seni pertukangan moden.

Dengan pengalaman yang hampir lima dekad, Poh Kong terus memperjuangkan industri barang kemas Malaysia dengan melabur dalam keupayaan tempatan, memperluas potensi reka bentuk dan eksport, serta memastikan setiap hasil rekaannya mencerminkan identiti nasional dan mutu pertukangan bertaraf antarabangsa

Menerusi koleksi seperti Anggun, Poh Kong mengukuhkan peranannya bukan sahaja sebagai lambang keindahan dan warisan, tetapi juga sebagai pemangkin kepada ekonomi kreatif Malaysia serta kecemerlangan dalam pembuatan barangan mewah.