PMX ke-11 pemimpin Islam
Gambar: CNA

PMX Duduki Tangga Ke-11 Dalam Senarai Pemimpin Dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh Di Dunia

Syed Faisal Sayed Muhammad

PMX Duduki Tangga Ke-11 Dalam Senarai Pemimpin Dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh Di Dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disenaraikan di tangga ke-11 sebagai Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di dunia.

Senarai itu telah dikeluarkan oleh laman The Muslim 500 yang menyenaraikan individu-individu muslim yang berpengaruh di seluruh dunia.

Kategori Pemimpin dan Ahli Politik Muslim Paling Berpengaruh itu merupakan satu daripada tiga kategori ‘Honourable Mentions’.

Kategori itu juga berada dalam senarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia bagi edisi 2024 ini.

PMX menduduki tangga ke-11 di belakang Presiden Joko Widodo yang berada di tangga ke-9 di dalam senarai tersebut.

Kredit The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2024

Selain itu, Anwar juga berada di kedudukan ke-17 dalam kategori individu muslim paling berpengaruh.

Seorang lagi wakil Malaysia yang berjaya menduduki senarai 500 individu muslim berpengaruh adalah cendekiawan negara iaitu Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Beliau berjaya berada di kedudukan ke-25 dalam kategori cendekiawan muslim paling berpengaruh dunia.

Kredit The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2024

Tahun lalu, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori yang sama selepas senarai itu dikeluarkan pada Disember lalu.

Kenali apa itu senarai Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia 2023

Menurut risalah The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi ke-14, terdapat kira-kira 1.94 bilion penganut agama Islam di seluruh dunia buat masa ini.

Jumlah ini menjadikan komuniti ini mewakili satu per empat daripada populasi penduduk bumi.

Bukan itu sahaja, kebanyakan penganut agama Islam yang menetap di negara majoriti Islam, sering kali menyebut diri mereka sebagai sebahagian daripada ‘ummah’.

Iaitu sebuah terma yang merujuk kepada komuniti Muslim secara global.

Secara umumnya, penerbitan risalah secara tahunan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pengaruh yang dimiliki oleh individu beragama Islam, sama ada terhadap dunia Islam atau komuniti global.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims mentakrifkan perkataan pengaruh sebagai “individu yang memiliki kekuasaan, sama ada dalam bidang budaya, permikiran, kewangan, politik dan lain-lain. Mereka melakukan perubahan yang akan memberikan impak kepada dunia Islam atau penganut agama itu sendiri.”

Secara umumnya, Senarai 50 Teratas telah didominasi oleh para ulamak dan pemimpin negara.

Pengaruh yang dominan dan berpanjangan tidak dapat dinafikan, terutamanya bagi para pemimpin dan ulamak mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

Sumber: The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2024