Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat perutusan khas pada pukul 3 petang hari ini, memetik makluman rasmi di laman Facebook rasmi sebentar tadi.
Perutusan khas itu akan dijadualkan akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, Awani, Facebook Live serta agensi-agensi media lain.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Ismail Sabri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan beliau yang diiringi polis dilihat keluar melalui pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang pada Selasa lalu.
Difahamkan perjumpaan itu adalah berkenaan mesyuarat Pra-kabinet serta cadangan tarikh pembubaran Parlimen.
Namun bagi perutusan khas pada kali ini menjadi tanda tanya ekoran orang ramai tidak dapat meneka intipati siaran langsung yang akan berlangsung hari ini.
Dalam pada itu, orang ramai dimohon untuk menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri pada saluran yang tertera.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Facebook / PM Ismail Sabri