PM Sementara Thailand Dirakam ‘Tertidur’ Sewaktu Mesyuarat
Perdana Menteri sementara Thailand, Prawit Wongsuwan dirakam tertidur di tempat kerja sewaktu mesyuarat baru-baru ini.
Menurut Thaiger, Lelaki berusia 77 tahun didapati terlelap sewaktu mempengerusikan mesyuarat bersama dengan beberapa agensi air dan tanah untuk membincangkan isu berkaitan pengurusan air di wilayah Krabi hari ini.
Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Chaiwut Thanakmanusorn dan timbalan ketua parti Palang Pracharath menepis tuduhan tersebut dan menyatakan PM sementara itu bukan tertidur.
“Jeneral Prawit adalah pengerusi mesyuarat dan mendengar laporan serta memberi maklum balas sepanjang masa. Mungkin beberapa gambar yang diambil itu matanya sedang berkelip. Jangan salah faham, ianya tidak baik,” katanya Chaiwut Thanakmanusorn.
Beberapa foto yang memaparkan beliau didakwa tertidur itu lantas tular di media sosial dan telah mendapat pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.
“Pak cik Pom buat perkara yang betul. Dia minum susunya dan sedang tidur tetapi mungkin di tempat yang salah,” tulis seorang netizen.
Kredit The ThaigerIa bukanlah kali pertama Prawit tertidur di sewaktu sedang bekerja. Kejadian itu telah keceriaan kepada rakyat Thailand.
Sumber: The Thaiger
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”