PM Jepun Selamatkan Diri Selepas Terdengar Bunyi Letupan
Portal berita NHK, memaklumkan satu bunyi letupan kedengaran ketika Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida sedang bersiap sedia mahu memberi ucapan ketika lawatan di pelabuhan barat negara itu.
Menurut laporan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian berkenaan.
Kishida Pelabuhan Saikazaki di wilayah Wakayama bagi menyokong kempen calon parti pemerintah dalam pilihanraya tempatan. Letupan berkenaan berlaku ketika beliau sedang bersiap sedia mahu memberikan ucapan.
Seorang lelaki dipercayai suspek dilapor berjaya ditahan oleh beberapa anggota polis berpakaian biasa di lokasi kejadian. Lelaki berkenaan dipercayai melontar satu objek yang kelihatan seperti bom asap dalam kejadian tersebut.
Insiden berkenaan berlaku kira-kira sembilan bulan selepas bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe maut dalam serangan tembakan ketika sedang memberikan ucapan.
Beberapa rakaman dipercayai merakam ketika kejadian letupan itu berlaku turut menjadi tular di media sosial. Orang awam yang berada di lokasi kejadian turut kelihatan panik dan berusaha meninggalkan kawasan tersebut.
Berita lanjut bakal menyusul
BACA: Saintis Temui Fenomena Seakan Lantai Laut ‘Bocor’, Keluar Air Seperti Paip
Sumber: CNN