PM Dijadual Buat Pengumuman Khas Jam 5 Petang Ini, Dijangka Isu i-Sinar & Moratorium Antara Yang Bakal Diumum

Azmil

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasiin dijadualkan akan membuat pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dijadualkan pada jam 5 petang ini.

Tengku Zafrul ada menyebut dalam kemaskini di Facebook beliau bahawa i-Sinar dan isu Moratorium antara agenda penting dalam pakej PEMULIH ini dan turut dijangka diumumkan petang ini.

Semoga pakej ini dapat meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit dengan masalah kewangan disebabkan PKP yang berlanjutan ekoran kes positif harian tidak menunjukkan penurunan.

Sumber: Muhyiddin Yassin