Gambar Via Bernama

PM Dedah Ada Pihak Kurang Senang Beliau Enggan Campur Tangan Urusan Mahkamah Libatkan Beberapa Pemimpin

Sofea

Menerusi perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan beliau menyedari bahawa ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan ketegasannya untuk tidak melayan beberapa tuntutan.

Menurutnya, salah satu dari tuntutan tersebut adalah supaya beliau mencampuri urusan mahkamah.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.

Tegasnya lagi, beliau tidak akan mengorbankan prinsip dan membelakangi sumpah jawatannya untuk menunaikan kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Sumber: BERNAMA TV