Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa keputusan untuk menganjurkan majlis perkahwinan akan diumumkan pada Rabu ini.
“Ya saya pun terima banyak permohonan dari event companies yang menguruskan perkahwinan, mereka juga menghadapi masalah dari segi pendapatan sudah tidak ada sejak PKP dilaksanakan…”
“Perbincangan esok bukan sahaja dari segi kebenaran, tetapi juga prosedur operasi standard (SOP). Kita bincang dari segi jumlah kehadiran, adakah setakat 250 orang atau pun mungkin lebih lagi,”
“Saya akan umumkan pada hari Rabu,” katanya di dalam sidang media hari ini.
Sumber: BERNAMA TV