Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aktiviti sukan yang dibenarkan adalah sukan yang tidak melibatkan sentuhan.
“Aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain -lain lagi.
“Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motorsikal juga dibenarkan”, ujarnya.
Menurutnya lagi, aktiviti sukan yang tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan pehimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti tinju, bola sepak bola keranjang dan hoki.
Sumber: Bernama