Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi laman Facebooknya memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang dikuatkuasakan di Pulau Tioman, Rompin, Pahang akan ditamatkan pada 29 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Pulau Tioman dikenakan telah dikenakan PKPD selama 14 hari yang bermula pada 16 Mac lalu.
Walaupun begitu, Kampung Juara telah dikecualikan daripada penamatan tersebut.
Menurut perkongsian itu, PKPD di Kampung Juara akan dilanjutkan mulai 30 Mac sehingga 6 April 2021 ini.
Kredit: Kementerian Pertahanan Malaysia