Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara telah ditamatkan pada hari ini.
Dalam pada itu, PKPD di kawasan Selayang Baru juga dimaklumkan telah dilanjutkan.
“Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh bagi pihak KKM melakukan saringan, mungkin dalam masa tiga hari lagi dan selepas itu kita akan umumkan tarikh tamat tempoh PKPD di kawasan Selayang Baru ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA