Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan menerusi sidang media sebentar tadi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh dilaksanakan di Selayang Baru, Gombak, Selangor bermula hari ini sehingga 3 Mei.
PKPD ini akan melibatkan enam parcel yang telah dikenalpasti iaitu:
Zon A – Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor.
Zon B – Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor.
Zon C – Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak Selangor.
Zon D – Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor.
Zon E – Jalan 2, 4, 6 dan 8 , Selayang Baru, Gombak, Selangor.
Zon F – Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak Selangor.
“PKPD ketujuh ini kita laksanakan bagi membendung jangkitan Covid-19 setelah kita mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan Covid-19 di pasar harian Kuala Lumpur dan pasar borong Kuala Lumpur dan langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan akan dilaksanakan sepanjang tempoh ini dikuatkuasakan,” katanya.
https://platform.twitter.com/widgets.js
Sumber: Majlis Keselamatan Negara, BERNAMA