Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh yang telah dikenakan ke atas kawasan Selayang Baru dan Gombak telah diisytiharkan tamat pada hari ini.
Menerusi sidang media berkenaan PKPB yang diadakan sebentar tadi, beliau telah menyatakan bahawa PKPD tersebut yang berkuatkuasa pada 25 April 2020 hingga 3 Mei 2020 itu dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama