Menerusi sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan beberapa kawasan yang dilabelkan sebagai PKPD di Johor akan tamat pada esok, 28 April 2020.
Menurut Datuk Seri Ismail, dua kawasan di Simpang Renggam akan tamat PKPD pada esok hari iaitu di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.
Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap perlu dipatuhi seperti biasa.
Bagaimanapun, PKPD di Sungai Lui Hulu Langat Selangor yang melibatkan sebuah pusat tahfiz dan sebuah rumah disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei 2020.
Sumber: Sidang media MKN