Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri hari mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara dan Kuarters Penjara Seremban.
Sidang khas bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban selama 14 hari bermula 24 November 2020 sehingga 7 Disember 2020.
PKPD ini akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni.
Sumber: MINDEF